Saturday 18 February 2012

BAHAYA TANAMAN HIASAN ANDA


Kebanyakan tumbuh-tumbuhan hiasan di rumah atau pejabat cantik tetapi ramai yang tidak tahu ada yang beracun dan membahayakan kesihatan kita. 
 
1.  Tumbuhan yang beracun

Tumbuhan berduri, beracun, atau mempunyai getah yang gatal tidak sesuai ditanam sekiranya mempunyai anak-anak kecil. Contohnya  spesies tumbuhan berikut:


- Bunga Jepun Thevetia sp;  Oak leaf Euphorbia sp;  Bunga cina Tabernaemontana sp. – Getahnya gatal
Thevetia


- Kecubung Datura sp; – Daun , bunga , buah yang memabukkan
Kecubung Datura

- Buta-buta Excoecaria sp;  dan Tulang-tulang Euphorbia tirucalli -Getah beracun
Buta-buta Excoecaria sp
Tulang-tulang Euphorbia tirucalli

- Bunga loceng Allamanda cathartica;
Getah beracun (seluruh tumbuhan)
Bunga Loceng



- Adenium obesum
Getahnya boleh jadi racun ikan
Adenium Obesum


- Jarak buncit Jatropha podagrica
Boleh menyebabkan koma kalau makan
Jarak buncit

- Saga laut Abrus precatorius; Biji beracun (1 biji boleh membunuh)
Saga Laut


- Balung ayam Celosia argentea
; Daun beracun
Balung Ayam


- Keladi hiasan Caladium
sp; jusnya beracun
Keladi Cladium

- Bunga tahi ayam Lantana camara; buahnya beracun boleh membawa maut
Bunga Tahi Ayam



Bunga Tahi Ayam


- Bushmanspoison
-  digunakan oleh suku Khoisan di Afrika Selatan sebagai  racun untuk anak-anak panah mereka. Meski tanaman ini berbunga harum dan buahnya yang enak, tetapi getahnya merupakan racun berbahaya. Daun-daunnya sendiri boleh dijadikan bahan obat-obatan. Racunnya ini juga dikenal dengan sebutan “wintersweet”.


- Angel’s trumpet
-sejenis  penyebab halusinasi yang seharusnya tidak digunakan  kerana boleh pengsan  Kandungan aktifnya adalah atropine, hyoscyamine dan scopolamine yang diklasifikasikan sebagai zat penghilang kesadaran atau anticholinergics.
Angel's Trumpet



2. Begitulah juga  bagi penggemar tanaman herba. Terdapat herba beracun seperti:

- Bintangur Laut
– Keseluruhan pokok terutama daun dan bijinya didapati mengandungi minyak perengsa yang mengakibatkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit jika termakan. getahnya pula merbahaya kepada mata dan kulit.
Bintangur Laut



- Bakung – Gel lendir atau jus pokok ini mengandungi racun alkaloid likori yang tahan haba. Sangat merbahaya jika termakan walaupun belum ada kes kematian yang dilaporkan.
Bakung
Bakung


- Balung ayam
– Bahagian daunnya dikesan mengandungi sejumlah bahan alkaloid. Ia tidak merbahaya jika direbus dahulu sebelum diambil sebagai ubatan tradisional namun dalam jumlah atau kepekatan yang tinggi, ia boleh memudaratkan kesihatan.
Balung Ayam



- Seri pagi – Bijinya yang matang dikesan mengandungi racun alkaloid indol yang boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan kabur penglihatan
Seri Pagi


- Kemunting cina- Daunnya yang tua mengandungi alkaloid beracun yang cukup merbahaya dalam keadaan mentah. Dos yang kecil digunakan untuk tujuan perubatan.
Kemunting Cina


- Sesudu- Kulit yang terkena getah akan merengsa merah dan bagi mereka yang berkulit halus pula akan menunjukkan kesan bagaikan terkena asid. Pandangan mata yang terkena getah akan menjadi kabur dan bagi keracunan serius, buta sementara. Getahnya jika tertelan akan menyebabkan muntah-muntah dan diarea yang teruk.
Sesudu


- Biji kesturi (castor bean) - Racun tanaman paling berbahaya di muka bumi. Sebiji kecil kesturi cukup untuk membunuh seorang dewasa hanya dalam beberapa minit saja kerana racun ricin di dalamnya.
Castor Bean




- Rosary pea
- akan menyebabkan demam, mual, mengeluarkan muntah berbusa, disfungsi gula darah, kejang-kejang, lalu menyerang ginjal,  pendarahan retina, dan luka dalam yang sukar pulih.
Rosary Pea

3 comments:

  1. Bukan semua keladi hiasan Caladium Binocolour atau Caladium Tricolour beracun. Ada kami tanam lebih dp 20 spesies dan kami dapati keladi berwarna pun di makan ulat.
    Mana-mana keladi yang dimakan ulat bererti tidak beracun...
    ...dan buat apa kita makan tu keladi hiasan...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.
    Saya sedang mencari sejenis tumbuhan herba, yang biasanya ditanam di dalam pasu besar.
    Tumbuhan ini cantik.
    Orang Cina saya perhatikan gemar menanamnya sebagai "pokok ong" (membawa nasib yang baik.

    Baru-baru ini ada cerita yang mengatakan tumbuhan amat merbahaya kepada manusia - penyakit cancer antaranya.

    Maaf saya tak dapat menghantar gambarnya. Tapi kalau pihak tuan berhajat, saya akan cuba menghantarnya.

    Kalau tuan dah dapat "kenal" tumbuhan ini tolong sahkan "bahaya" tumbuhan ini kepada manusia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih.
    Saya sedang mencari sejenis tumbuhan herba, yang biasanya ditanam di dalam pasu besar.
    Tumbuhan ini cantik.
    Orang Cina saya perhatikan gemar menanamnya sebagai "pokok ong" (membawa nasib yang baik.

    Baru-baru ini ada cerita yang mengatakan tumbuhan amat merbahaya kepada manusia - penyakit cancer antaranya.

    Maaf saya tak dapat menghantar gambarnya. Tapi kalau pihak tuan berhajat, saya akan cuba menghantarnya.

    Kalau tuan dah dapat "kenal" tumbuhan ini tolong sahkan "bahaya" tumbuhan ini kepada manusia.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...